Saturday

Carit

Kenapa kau boleh jatuh cinta?

Jatuh cinta pada dia?

Pada sahabat baik kau sendiri?

Kenapa kau harus tahan kesakitan dada?

Waktu dia jumpa kekasih benarnya?

Kenapa kau perlu tahan sakit itu?

Kau tahu tak?

Dada aku sakit melihat kau tertawa dengan dia

Aku dah jatuh cinta dengan kau

Aku juga perlu rantai segala sakit

Melihat kau mendampinginya

Kau tahu?

Perit, sangat

kadang - kadang
aku sudah mahu putus asa
melihat kau bahagia bersamanya
aku perlu melepaskan kau
tapi aku tak pernah nak mampu
setiap detik aku merindukanmu,
aku pasti akan menangis
setiap kali doaku ada namamu
aku pasti turut merintih

Allah sahaja mengerti
betapa aku rindukan dia
betapa aku cintai dia
betapa aku jatuh menahan sakit

kalau kalian juga,
pasti merasakan rasa ini juga, kan?

berpura - pura bahagia dengan hubungan jantung hati dengan yang lain
dan memberi senyuman palsu
walaupun dalam dada,
tercalit seribu kedukaan

wahai badai di hati,
pertahankanlah hatimu untuknya
dan jika boleh
lepaskan lah dia bahagia bersama yang lain
jika itu yang mampu membuat dia bahagia

kerana,
melihat dia tersenyum tulus atas kebahagiaannya bersama teman hidupnya yang sebenar - benarnya
adalah kebahagiaanku jua
walaupun...

Ya Allah,
bentengkan sakitku
kukuhkan tabahku

4 comments:

zieyzain said...

tiap dugaan itu tanda kasihNYA. bertahanlah..

ghost writer said...

aku sudah merasai tentang rasa itu. dan aku kini menikmatinya dalam cara yang lain, yang berbeda.

hanaahmad said...

aku merasainya. kesakitan itu harus dinikmati juga. moga Tuhan mendengar. :)

Päk Läng said...

pelik...kadang² kesakitan itu seolah-olah bersatu dengan diri atau menjadi sebahagian dari diri kita

oh, soal hati itu misteri. sesuatu yang tidak boleh dipertikai. mahu tak mahu, kita terpaksa redah juga walaupun di kemudian hari kita terpaksa menanggung kesakitan itu.

pejamkan mata, biar mimpi membaluti dan merawat luka. dan semoga tuhan terus berlaku baik terhadap para pemimpi :)