Saturday

Peluang Tiada

"Ikah, aku dah tak ada apa - apa lagi hubungan dengan dia."

hatiku lonjak gembira
mungkin aku boleh luahkan isi hatiku padanya

"Aku memang sayangkan dia. Tapi aku kena juga teruskan kehidupan. Kadang - kadang, bila aku ingat dekat dia, mesti aku akan sedih. Dia lah cinta terakhir aku. Aku malas nak bercinta lagi. Jujur, kalau setiap hari aku mesti mesej dengan dia, tapi sekarang dah tak lagi. Kalau aku bosan aku mesej kau ya? Kau boleh temankan aku mesej, kan Ikah?

hati, mungkin kamu sedang mundur seperti sediakala


Kalau aku bosan aku mesej kau ya?

kenapa mesti ada perkataan bosan?



terkadang aku terfikir,
adakah aku terlalu bodoh mengejar cinta yang belum diungkap dan hanya rela dipergunakan apabila dirinya rasa kosong sahaja?

atau ini namanya cinta buta?

"Okay. Aku ikut je. Cari lah aku bila kau perlukan aku. Selagi aku masih hidup, selagi tu aku akan temankan kau.."

airmata.
gugur lagi

No comments: