Tuesday

.

hidup bukan tak indah. cuma sekali sekala belum tiba indahnya. seperti matahari yang tertutup dek awan. tunggu sahaja awan pergi, nah. kembali jelita sang matahari itu. kadangkala aku termenung dan terfikir, bila bahagiaku akan tiba?

bila nafasku bisa terhembus tenang?

bila? bila? dan, bila?

siapa tak mahu hidup bahagia?
siapa mahu hidup tiada kasih sayang?

siapa? siapa? dan, siapa?

cuma ku ibaratkan seorang gadis yang tidak bernasib baik. kelak, bahagia pasti muncul. menyinari segala kelegaman sekeliling jiwanya. memadam kisah sebelum noktah. memulakan kisah baharu selepas noktah.


akan tapi, bahagia itu juga tidak pernah menyergah hidupnya.

malah kemurungan semakin merata.

dan kadangkala,

dia sudah mahu putus asa.

dia tidak mahu berharap lagi.

harapannya bernoktah kembali,

dia tidak mahu menyesinambungkan ceritanya selepas noktah kecil itu.



jiwa terbenam tanah, kali?