Tuesday

Doa Sampah

kalau boleh, aku mahu saja lari laju - laju. tinggalkan segala yang tercicir di-belakang; hati? darah? atau perasaan yang cuma tinggal cebis - cebisan?

payah, kalau aku cuba untuk tertawan; jika aku sendiri tak mampu hendak melawan.

Tuhan, aku berasa aneh. apa yang sebenarnya Engkau aturkan sama aku? cinta? bahagia? duka? luka? hancur?

ruang kecil dalam jiwa aku terlalu kosong; terlalu banyak ruang, hingga jiwa aku rasa tak mampu untuk teruskan kehidupan; ah, layak saja campakkan sampah, penuhkan saja dengan darah binatang!

tolonglah Tuhan, berikanlah aku kebahagiaan. biarkan aku senyum tanpa ada duka dalam mata. biarkan aku senyum tanda aku benar - benar bahagia. bukan hanya mahu menyedapkan mata yang memandang saja. bantulah aku. bahagiakan aku.

Tuhan, ini doa yang hanya dipandang hina - jijik; dan Engkau; lekaslah hidu doa sampahku.

No comments: