ke hulur, ke hilir
aku berfikir. mungkin Tuhan dah tahu,
cuma kita je belum tahu.
mungkin, mata-mata kita dah tahu. cuma kita je masih buntu.
mungkin, bayang-bayang hitam dah tahu, cuma kita je masih terbelenggu.
mungkin, jiwa hati kita juga sudah tahu, cuma, hati kita yang kelam ni je tak tahu nak cari tahu.
aku gelarkan diriku sialan. apa yang aku usahakan, hasilnya lumpuh ditengah jalan.
oleh itu, aku minta,
lupakan realiti
mulakan fantasi
kerna mimpi itu lagi indah, berganda-ganda indahnya
dari menjalani hidup seperti biasa, seperti dikawal oleh alat kawalan jauh,
yang hanya mahu kita bertenggek di atas kuku jari telunjuknya,
mengikut semua arahan dia.
eh.
dia itu siapa?
Tuhan?
Syurga?