Friday

Neraka Dunia

aku bangkit dari tidur
celarunya fikiran sesiapapun tidak mampu mengerti

buntu aku buntu
segulung tali dan kipas siling sahaja yang kelihatan

"Tuhan, apakah ini bagaimana aku merujuk-Mu?"

sakit, Tuhan
sakit.

satu persatu kau hujaniku dengan bala-Mu

apa Kau fikir aku cukup padu?
apa Kau fikir jiwa cukup padat?

untuk membaham setiap satu derita Kau tampilkan?

jendela berwarna ungu ku selak luas
Tuhan, aku melutut dan bersujud
jangan seksa aku lagi

aku cukup menderita dengan segala yang Kau hadiahi

beri aku bernafas seperti lautan yang luas itu
jangan humban aku ke dalam neraka dunia ini lagi

meskipun di neraka yang kekal itu nanti
jujur,
aku belum bersedia untuk kedua-dua ini



No comments: