Friday

Jenis Cinta

aku pernah lalui segala macam jenis cinta

cinta mati? cinta buta? cinta gila? cinta kosong?

iya, semuanya pernah

vol 1 : cinta mati
cinta mati ini biasanya cinta yang paling tulus. di mana kau cuba memperdaya hati untuk tidak mencintai, namun ia bukan semudah yang disangka.
hatimu sering sahaja menyapa rindu padanya, bibirmu sering sahaja menyebut sayang padanya, nafsu kerap sahaja mendahagakan kasihnya. terkadang kau membencinya, namun sifat kasih yang terlampau, kau langsung terleka dan pengen terus mencintai sampai mati.

vol 2 : cinta buta
ini cinta paling bangsat. biarpun kau tahu dia cuma mahu ambil kesempatan terhadap dirimu, namun disebabkan kata-kata cinta manis belitan lidahnya, kau endah. biar ribuan mata wang kau beri padanya, biar kau sanggup beri virginmu padanya setiap masa walaupun di balkoni, ah. cinta ini paling gersang yang dijanjikan oleh lelaki bernafsu dajjal.

vol 3 : cinta gila
mungkin kau dah letih menyintai orang bagai nak mati dan bodoh kerna cinta buta pada orang yang salah. kini kau berubah pada cinta gila. mencintai orang bagai nak rak tetapi dibelakangmu, dia sedang sedap menghisap madu di bunga yang berbeza. sial.

vol 4 : cinta kosong
diibaratkan seperti sehelai kertas putih yang tiada setitik lakaran pena di atasnya. kosong. kau cuma mahu membuat dirimu bahagia, dicintai, disayangi. tetapi perasaan kau? tiada beza dengan kertas itu.


aku mahu vol ini tamat pada yang keempat, tetapi aku gagal


kerna ghairah aku perlu dilunaskan dengan segera

No comments: