Monday

Adakalanya

dan apabila aku melihat langit yang tidak bertemankan bintang-bintang, ya, aku perlu lelap. aku perlu merehatkan segala yang berselirat dalam otak. aku perlu melupakan segalanya. aku perlu beralih hati kepada yang bonda mahu.

aku perlu tinggalkan kekasih hati yang dah buat aku jatuh hati kepadanya.
aku perlu pergi tinggalkannya, disaat aku meraih kasih padanya.
adakalanya aku teringin bunuh perasaan 'cinta' ini kerana, ia sakit. adakalanya aku menyesal mengenal cinta kerana, ia sangat membunuh cebisan hati aku sedikit-demi-sedikit.

adakalanya aku bermonolog;

"Kenapa Tuhan beri kamu kepada aku? Jika pada akhirnya, aku tersungkur seperti dahulu?"

adakalanya aku menangis terkenangkan takdir
adakalanya aku tidak mampu untuk membangkit diri
adakalanya aku mahu putarkan masa dan menggoncang bahu sendiri, berkata; "Hei bangunlah! Sedarlah! Engkau tak pantas dicintai!"

tapi aku gagal
aku malu
kerana aku tersungkur lagi
aku malu,
kerana aku tak boleh tabah

"Kau mahu ke bercinta dengan penagih dadah? Bekas lokap? Beri nafkah duit haram?"

"Sudah. Jangan hubungi dia langsung. Tinggalkan dia"

risiko untuk bersama kamu sungguh tinggi
biar aku jatuh sampai bila-bila
daripada hidup bersama manusia yang menipu aku
lagipun, restu bonda lagi penting, bukan?

selamat tinggal
aku tinggalkan kamu dengan senyuman
semoga ada lagi 'kebahagiaan' buatku

No comments: