aku letih
aku letih menangis
aku letih berpura - pura bahagia
aku letih
aku mahu berlari
tanpa bernafas
dan pergi
berkediaman jauh
tiada kembali
dalam kehidupan
yang berpenghuni
dengan kehancuran
bawa aku pergi
pimpin lemahku
untuk tidak tersungkur
disaat
aku meninggalkan dirimu
pasrah aku pasrah
aku terlalu lemah
hinggakan
bermendung tiada berhujan
bernyawa tiada bernadi
Tuhan
tolonglah
bangkitkan kembali
segala kekuatanku
aku raih padamu
bahagiakanku
tertawakanku
senyumkanku
sesungguhnya, dengan padamu, aku memohon..
1 comment:
sukarnya saat-saat sebegini. kerna aku sedang juga mengalaminya.
Post a Comment