Monday

Tukang Bunuh

diam dan cuba kau kembalikan ke sini
berapa banyak cinta kau butuh
berapa keping hati kau mati
berapa tetes darah kau alirkan

dan pada akhiran
kau menari atas awangan
menonjol kau sedih,
pura - pura pedih

kau belum sempat punya waktu
mengatakan betapa kau mengasihi,
mencintai,
memerlukan dirinya 

kau tiada peluang
untuk mempamer kesungguhanmu
terhadapnya

dan pada sudut itu,
kau menagih pada Tuhan
dan Tuhan langsung jijik padamu

kerana cintanya padamu
kau sampahkan begitu sahaja

layakkah kau untuk hidup?
jika kau tukang bunuh

hati seorang manusia yang tulus mencintaimu?

1 comment:

Anonymous said...

Pergi...pergi...jangan bunuh hatiku lagi....