Wednesday

Kelam

maaf atas kekangan waktu untuk menulis di ruangan neraka ini. bukan niat sengaja, namun kesihatan diri tidak membenarkan.

sudah setahun aku menghadapi penyakit yang tidak dapat dipastikan oleh klinikal.

namun segalanya berubah, pabila di umur 24 tahun ini, aku disahkan menghidapi 'slipped disc' di mana L4/5 aku sudah hitam (rosak) tanpa doktor mengetahui punca sebenar.

"Nak kata pernah jatuh, paling teruk pun disc akan membengkak ataupun terkeluar sedikit. tapi ini hitam.." bilang doktor pakar saraf.

ya, selama setahun aku mengalami sakit yang aneh. 

aku muntah darah, tidak mampu bergerak, lumpuh on-off, tubuhku seolah tidak terdaya untuk berjalan seperti orang normal.

doakan aku pulih seperti sediakala.
aku mahu aktif menulis, aktif berkata-kata, aktif dengan semua perkara.

sepertinya hidup aku sudah lama kelam.

2 comments:

Asfa said...

Get well soon dear. Amin.

Afiq Ah said...

i wish i'd get your contact no. so that, it'd be easy for me to catch u up soon?