Wednesday

Pusaranya

kelmarin aku melawatnya. lama juga tidak bertemunya. sudah lebih 5 tahun usia kami mengenang hati budi masing - masing. setiap momen indah tak mungkin aku kuburkan, biarpun dia telah terkubur.
kelmarin aku sedekahkan Al - Fatihah padanya. moga Tuhan didengarkannya ayat suci itu. moga Tuhan kirimkan rinduku pada dirinya yang terlalu jauh untuk aku gapai dan bisik ke telinganya; 'Abang, Ikah rindu'
kelmarin aku mengusap batu nisannya, aku mencium batu nisannya. aku peluk batu nisannya. mengandaikan, batu nisan itu, adalah dia.
kelmarin, pintu hati ditepek rasa sayu. dibelai rasa syahdu. cis, air mata titis lagi. ah, masih menitis dan sukar diberhentikan alirnya. jika mahu dihitungkan mawar aku merintih dirinya, sudah tidak terkira.

jiwa gelodak, rasa hampa.

setiap kali aku mengingati kelmarin, justeru aku teringat pada tahun sebelumnya, di saat dirinya mahu menghampiriku, di saat itu juga aku mahu berlari jauh darinya. pada akhirnya? dia telah pergi bertemu Ya Illahi.

mahu sesali, tak guna.

Tuhan pinjamkan dia pada aku, cuma sekejap. tapi, bahagianya, deritanya, tertanggung sampai jasad aku kaku, tak mampu bernafas.




waktu itu aku sedang duduk di bangku kuning menunggu teman. waktu itu juga, aku terlihat ada seorang lelaki lingkungan 30-an duduk memegang sekeping foto. mukanya kusut;

"Allah, kalau Kau baik, pulangkanlah dia balik padaku" lelaki itu menangis.

mungkin, kami mengalami situasi yang sama. dan, sakit yang sama.

4 comments:

H Y D E said...

:(

Mai said...

Kehidupan depan lebih panjang. MOga kau jumpa abang di sana :)

hanaahmad said...

Pinjaman sementara. Berbahagialah agar 'abang' merasa nyaman di sana :)

kuaci chan said...

apa boleh buat. cuma pinjaman. dah puas layan syok, kena jugak "pulangkan" balik.